Sunday, December 12, 2010

Emas....Pelaburan Terbaik!!

Sebut saja emas sudah semestinya kita semua sedia maklum akan nilainya yang berharga.. kalau zaman Firaun dulu emas merupakan simbol kekayaan dan simbol kekuasaan..sampaikan keranda pun disalut emas...


Jom kita imbas balik eh dari zaman dulu sampaila ke zaman serba canggih manggih ni, tak pernah lagi kita dengar orang dok bagitau emas ni murah...betul tak? lagi dok naik harga kan. saya masih ingat masa time2 sekolah dulu, harga emas dalam lingkungan RM30/g. kemudian naik..naik..dan naik lagi sehingga hari ni harganya dah mencecah seratus lebih per gram. Tak berbaloi rasanya keluar duit ribu2 hanya sekadar dapat rantai tangan yang halus...betoi tak?

Tapi lani persepsi kita tentang emas perlu diubah... trend sekarang adalah dengan melabur menggunakan emas.(saya maksudkan adalah emas dinar atau emas bar) kenapa eh? sebabnya adalah:

1. Emas adalah kekayaan yang sebenarnya  -  contohnya macam cerita firaun tadi lah. kemudian emas yang dah jadi debu pun masih berharga lagi nilai dia kan.bayangkan duit not RM100 kita gunting dua,agak2 ada nilai lagi tak?

2. Emas tiada inflasi vs fiat money (matawang)  -  kalau zaman saya sekolah rendah dulu mak bagi 30 sen je untuk belanja sekolah. 20sen dapat beli nasi lemak then lagi 10 sen beli air.Tapi budak2 sekolah lani agak2 berapa RM diorang bawak g sekolah??? boleh pikir kan? ini menunjukkan nilai wang kita dah menurun (inflasi). dikatakan kadar inflasi bagi matawang adalah 4% setahun. Tapi berbeza dengan emas. kalau dulu 1 dinar kita boleh beli seekor kambing, zaman sekarang pun kita masih boleh dapat sekor kambing dengan 1 dinar kerana nilainya yang bertambah...

ini merupakan koleksi emas yang dikeluarkan oleh Public Gold



3) Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang  -  perlu diingat ye ini emas adalah pelaburan terbaik bagi jangka masa panjang.kalau nak cepat kaya rasanya tak sesuai lah kot. sebagai contoh yer:



Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 =  USD 953.50/Oz
ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun
 (purata kenaikan 27% setahun)  


4)  Emas tak boleh dimanipulasi  -  Emas tak boleh dicipta sebab dia sumber asli/galian. Kuantitinya tak boleh ditambah dengan sewenang-wenangnya. Berbeza dengan duit dimana ia boleh dicetak pada bila2 masa dalam apa jua kuantiti yang dikehendaki oleh pemerintah.Bila dah banyak sangat dicetak, nilainya of course akan turun..kenaikan harga barang pun akan jadi melampau-lampau la kan...

Jadi, apa tunggu lagi. fikir-fikirkanlah tentang pelaburan dengan emas.


Wednesday, December 1, 2010

Pengasuh kejam mandikan budak

 
Sanggup tak tengok video ni????




pengasuh tu dah pun ditangkap...baca nih.

Police in Thuan Giao Commune, southern Binh Duong Province, have put a baby-sitter in custody for abusing a three-year-old girl pending further investigation.
Photo: VnExpress
They began an immediate investigation after a video clip of Tran Thi Phung abusing the toddler was posted on the internet yesterday. The inquiry led them to the home where the incident occurred.Phung was filmed pulling the little girl's hair and continuously splashing cold water in her face and up her nose at a day-care centre she operates in Binh Thuan 1 Village. Phung has run the centre illegally for more than 10 years.

She admitted her behaviour after watching the video clip.
After learning of the abuse from police, the girl's parents took her to the hospital for a check-up and she was diagnosed with bronchitis. The infection could have been caused by so much cold water hitting her face.

Chairman Nguyen Van Trung of the Thuan Giao Commune People's Committee said local authorities would inspect the day-care centre and asked the local police to investigate the case.

Trung said inspectors had proposed punishing five illegal nursery centres in the commune but there are still many others operating illegally in the locality due to high demand.

Tuesday, November 30, 2010

Oh Patient..... Hargailah Perkhidmatan Kami...

Ini hanya sekadar luahan rasa seorang penjawat awam
lately ni
patient terlalu ramai sehingga kadang2 tiada masa untuk makan...
tapi,itu tak jadi hal kerana saya bekerja dengan ikhlas..
cuma kadang2 terasa amat terkilan apabila servis yang kita beri tidak dihargai oleh pesakit...

kalau pegi ke klinik swasta,tunggu berjam2 pun tak jadi hal kan...
siap bayar mahal pulak tu...
jika di klinik kerajaan cuma bayar RM1 (kekadang free) ,
ubat dapat berbondong-bondong, 
sedikit ucapan terima kasih pun susahnya nak sebut...

kalau servis kami tak bagus,
tolong lah beritahu dengan cara yang berhemah
peti aduan dan cadangan pun ada depan mata,
tulislah apa yang anda rasa nak tulis..
kami akan cuba perbaiki perkhidmatan kami....

Berkhidmat Untuk Negara
Kami Sedia Membantu

Sunday, November 28, 2010

Giant Snowman ada di Melaka???

Ye betul..ada snowman kat Melaka. tak caye??? tengok nih...

Tinggi : 10 Meter
Lokasi : Jaya Jusco Bandaraya Melaka
Material : Recycle Plastic Bottle



plan kitorang cuma nak pegi breakfast je, ntah macam mana after bfast tayar keta terus bawak kitorang ke jusco.... dalam pukul 10pagi gitu... cadang nak tolong buka pintu jusco la..rupanya ada ramai lagi yang nak jadi early birds...siap tunggu depan entrance lagik..nasib baik takde yang siap tido kat situ..haha

Si kecik nasuha sangat jakun duduk dalam keta ni...hahaha

MacGyver....anda peminat setiakah???


 Familiar tak dengan lagu ni....mengimbau kenangan zaman2 hingusan dulu kan...


ni le hero yang menjadi pujaan ramai, Richard Dean Anderson

macho weh...especially tang rambut dia..hehe

boleh terbawak-bawak dalam mimpi dulu nih

kalu dah melanguk tengok cite MacGyver ni dulu, mak panggil makan nasi pun buat dekkkk je.aish!!!mintak ampun mak naa..


Nak tengok MacGyver versi terbaru?????










amacam? masih macho lagikah??? rasa2 boleh termimpi-mimpi lagi tak? hehe...





Saturday, November 27, 2010

Mat rempit musti suka nih......

mana satu pilihan anda????






PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...

Rakan FB tag saya..cuba perhalusi ye...
gambar sekadar hiasan
 
Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah
non dairy creamer 3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring

Friday, November 26, 2010

Ada sesiapa boleh bantu saya???????

sakit gigi..arghhhh!!! rupanya gigi geraham bongsu nak tumbuh (betul ke ada istilah ni heh?). dah tua2 baru nak tumbuh... tadi saya cuba kira semua gigi saya (sebelum ni tak penah tau ada bape batang). kira punya kira ada 29 batang termasuk geraham yang baru naik nih....

ada tak any dentist di kalangan blogger ni bole bagitau sebenarnya gigi kita ada bape batang eh?? then nampak macam tak cukup ruang je gigi tu nak naik...

Agak2 kalau cabut buang geraham ni ok tak eh????

** Gigi si kecik Nasuha pun tengah galak nak tumbuh...lately ni ntah berapa kali kena gigit ngan dia...lebam abih lengan ibu nak...

I dah jadi duta tau........

Bukan jadi duta Simply Siti ye..cuma jadi duta berhenti merokok...hehe.. Arini berjaya menghadiri kursus Quit Smoking sempena program Melaka Bebas Asap Rokok...dari kul 8 pagi sampai le 6 petang..aduih la,letih bukan main. tapi berbaloi... jom kongsi sikit ilmu yang saya dapat arini...


Saya kini adalah promoter bagi Klinik Berhenti Merokok bagi Negeri Melaka...


Antara treatment yang ada bagi perokok yang INGIN BERHENTI MEROKOK adalah:

Nicotine Gum (kene kunyah macam chewing gum tuh) 
Nicotine Lozenges


 Nicotine inhaler 



Nicotine Patch (available at our clinic)


Verinicline @ Champix (available at our clinic)

Jangan malu jangan segan untuk dapatkan servis kami...mungkin di entri lain saya akan sentuh sikit kebaikan berhenti merokok ni...ataupun korang semua dah tau kot... cuma keazaman belum kuat untuk melawan kehendak hati..Ubat-ubatan ni actually available jugak kat kedai-kedai farmasi cuma kalau datang di klinik,kita akan bagi more service la kat u all...kami akan bantu hingga anda semua berjaya berhenti merokok...ok?


Kami Sedia Membantu





Wednesday, November 24, 2010

Perceraian meningkat angkara Facebook?

Renung-renungkanlah wahai sahabat2 sekalian......

MEMANG belum ada satu kajian spesifik di negara ini yang boleh mengesahkannya,. Namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah. 

Gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat tahun demi tahun.
Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009. 

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Ini hasil daripada temu bual ringkas yang penulis sendiri jalankan dengan beberapa rakan yang juga dikenali menerusi laman web Facebook. 

Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, dipetik sebagi berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.

-utusanonline 24/12/2010-
 

Gurindam Jiwa

Seminggu jadi suri rumah,
Hari ni jadi kuli semula,
Seminggu berseronok melayan nasuha dan ayah,
Hari ni bergembira melayan pesakit berusia,
Seminggu  dok mengadap lap top dan majalah
Hari ni mengadap bos yang menyinga... haha..
(sebab pagi2 lagi dah kena pi meeting...)

Tuesday, November 23, 2010

Jom Pap Smear......


DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.
Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.
Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.



KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
NONA, JUN 1998, M/S 32-33

Kata-kata nasuha

Nasuha dh berumur 1 tahun 4 bulan. antara perkataan2 yg boleh disebutnya:
* abu = ibu
* yayah = ayah
* mama
* papa
* air
* tutu = susu
* tumpah (sgt lancar)
* uti = roti
* tati = kaki
* tatit = sakit
* mam = makan
dan ada a few word lagi...tetiba x dapat plak nk pikir.hehe
anak anda macam mana plak ye???

Monday, November 22, 2010

' CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah .. '


Emm...apa eh nk bagi kat Encik Ben ni sempena birthday beliau. setelah dok pikir punya pikir rasanya nak bagi pakej ubat-ubatan le.. boleh Encik Ben???


Rasional saya bagi hadiah ni agar Encik Ben dan keluarga sihat walafiat selalu... kalu sakit cepat2 makan ubat ni,gerenti cepat sembuh dan gerenti dapat update blog slalu...hehe.
  
Oh ya, termasuk dengan free consultation tau En. Ben... kira spesel lani sebab kalu kat private hospital consultation pun kn bayar...ahaks...
Kos?  Free je,sebab saya kan druggist...ubat-ubat semua keliling saya je....
Akhir kalam... Selamat Hari Jadi En Ben!!! (Yg ke berapa nih?)







Saturday, November 20, 2010

Thailand temui hampir 1,000 janin

Polis Thailand menemui hampir 1,000 janin yang digugurkan secara haram disembunyikan di sebuah tokong Buddha di ibu negara ini.
Janin tersebut dibalut dalam beg plastik dan ditemui hari ini di satu kawasan rumah mayat yang baru dibuka, hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa menemui 348 janin di bilik pertama yang diperiksa.
Dua pengurus mayat di tokong itu mengaku menyembunyikan janin-janin tersebut di dalam tiga ruang simpanan, mendorong pihak berkuasa melakukan pemeriksaan lanjut, kata polis.
“Di sebuah bilik sahaja kami menemui 950 janin dan kami sedang membuka bilik satu lagi,” kata komander kawasan Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.
Sesetengah janin itu disimpan di sana sejak lebih setahun lalu, katanya.
Penemuan tersebut menggemparkan penduduk Thailand dan menunjukkan betapa meluasnya perbuatan pengguguran haram di negara ini, di mana prosedur itu hanya dibenarkan sekiranya nyawa ibu terancam atau kehamilan adalah disebabkan rogol.
“Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini,” kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, walaupun beliau menolak gesaan supaya undang-undang pengguguran anak dipinda.
Kementerian Kesihatan Awam mengarahkan operasi di seluruh negara untuk membanteras klinik-klinik pengguguran anak berikutan penemuan tersebut.
Dianggarkan daripada sejuta kehamilan di Thailand setiap tahun, 80,000 kandungan digugurkan secara haram.
Setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun ditangkap dan dia mengaku menjalankan pengguguran haram, kata ketua penyiasat di balai polis Phya Krai, Leftenan Kolonel Dilok Ruennet

sumber : Utusan Malaysia Online

Thursday, November 18, 2010



Anda-anda sekalian penah tak makan ubat? beli ubat? dapat ubat? 
mesti penah kan... tau ke hak korang sebagai pengguna or pemakan ubat berkenaan???
ni merupakan kempen Kementerian Kesihatan since 2006.
tujuannya nk meningkatkan tahap kefahaman ubat-ubat yang rakyat kita guna...
almaklumlah, sekarang byk sgt ubat2 tiruan yg berada kat pasaran. 
kalau konsumer@pengguna tak tau nak pilih,takut penyakit lain yang timbul.
ni hak kita sebagai pengguna ubat-ubatan...ingat tau!!


silalah melawat laman web berikut jika inginkan maklumat lanjut... 
so,jgn la main ambil je ubat dari farmasi then terus pegi mcm tu saje...dapatkan maklumat2 yg patut korang tau. jadilah pengguna yg bijak.....memang bijak...

Wednesday, November 17, 2010

Melaka Bebas Asap Rokok......

korang tak lagi bebas untuk merokok di sekitar bandar Melaka...bukan setakat bandar malah hampir semua daerah telah diwartakan sebagai zon bebas asap rokok.... baguslah,bersih sikit udara kat melaka ni...
sape2 rakyat melaka yg teringin nk berenti merokok tu, jemputla datang ke klinik2 kesihatan yg berdekatan.kami ada sediakan rawatan untuk anda... kalau di Melaka Tengah, KK Peringgit dan KK Ayer Keroh akan terlibat. daerah lain x saya tak pasti sebab masih belum p course lagi... anything sy akan update later ye... 

Tuesday, November 16, 2010

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah

jom kita sama-sama doakan semua tetamu Allah ni dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna...semoga Allah permudahkan urusan mereka khususnya jemaah haji dr Malaysia...
Selamat Hari Raya Aidiladha 


PADANG ARAFAH 15 Nov. - Kira-kira 2.5 juta umat Islam berhimpun di sini hari ini pada hari yang merupakan kemuncak haji iaitu wukuf di Arafah.
Puluhan ribu jemaah telah pun bergerak mulai 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) dari khemah mereka di Mina, kira-kira 10 kilometer ke barat laut Arafah. Ramai antaranya mengerjakan solat subuh di Masjid Namira atau semasa dalam perjalanan.
Kebanyakan jemaah yang lain di bawa ke Arafah dengan bas menjelang tengah hari.
Perhimpunan di Arafah melambangkan kemuncak haji yang bermula semalam, dengan lebih dua juta jemaah bergerak dari kota suci Mekah atau terus dari Mina, sebuah bandar khemah yang hidup hanya semasa tempoh mengerjakan haji.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz semalam berkata, bilangan jemaah dari luar negara mencecah 1.8 juta orang iaitu tertinggi dalam sejarah, manakala kira-kira 200,000 permit dikeluarkan untuk jemaah tempatan termasuk warga Saudi dan negara Arab Teluk.
Namun puluhan ribu jemaah tanpa permit turut membanjiri Mina mulai semalam, dengan memintas sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menguatkuasakan peraturan 'tiada permit, tiada haji'.
Ramai antara jemaah tanpa permit itu sudah pun berada di Arafah malam tadi sebagai persiapan untuk wukuf.
Menjelang terbit matahari, tempat tertinggi di Arafah, Jabal Rahmah dipenuhi sebilangan jemaah berpakaian ihram yang mendaki ke puncak untuk mengambil kedudukan dan menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir.
Selepas Maghrib, jemaah bergerak ke Muzdalifah, separuh perjalanan di antara Arafah dan Mina, untuk bermalam (mabit) dan mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah.
Mereka kembali ke Mina selepas solat subuh esok untuk mula melontar jamrah dan melakukan ibadat korban.
Perjalanan haji tahun ini bebas daripada sebarang insiden tidak diingini sejak jemaah mula berhimpun di Mekah. Masjidil Haram dibanjiri kira-kira 1.7 juta jemaah yang mengerjakan solat Jumaat minggu lepas.
sumber : Utusan Malaysia Online

Program Amal: 1ANAK YATIM 1UNIFORM SEKOLAH

hanya sekadar membuka peluang kepada sesiapa yg ingin membuat amal, silalah singgah di blog Prof Muhd Kamil Ibrahim. derma ni untuk membeli baju skolah kepada anak-anak yatim di negeri Johor. maklumat lanjut silalah klik link kat atas tu ye....

Wednesday, November 10, 2010

DUBUR atau BUBUR ....

"pakcik, ubat ni kena masukkan 2 biji dalam dubur." sambil memberikan supp bisacodyl** kepada pakcik tersebut.

2 hari kemudian:
"nak, ubat ni salah le. bukan pakcik je yang berak2.. anak2 pakcik pun sama jugak. habis berebut tandas kt umah tu."
"aik, macam mn diorang pun boleh berak2 pakcik"
"ntahla, lepas balik dari klinik aritu pakcik suh makcik masakkan bubur,kemudian masukkan ubat ni dalam bubur tu. kami satu keluarga makan bubur tu."

toing! kepala aku dh pening.......... 


** bisacodyl suppository - ubat untuk sembelit. kena masukkan ikut buntut...



Tuesday, November 9, 2010

ETIQA yang tidak berETIKA

kisah di suatu petang..
lelaki_itu : selamat petang puan,ur senior suruh i jumpa dgn u. (tanpa minta izin terus masuk dlm famasi)

lelaki_itu : boleh kita berbual didalam (sambil menunding jari ke dalam bilik pegawai...eh dia plak yg suh aku masuk padahal tu bukan bilik aku mahupun dia).

tetiba masuk seorang chinese lady ala2 ah so:


ah so_itu : i kawan dia(smbil menunding jari kpd lelaki itu). ada krusi tak? (dgn tanpa disuruh mencari sendiri krusi di kawasan berdekatan).u orang baru kan kat sini. kita datang nk bg satu plan simpanan untuk u.your senior minta kita jumpa u. (senior lagi??)


a_i_n : i x berminat, pasal saving ke insurans ke semua husband i yg bayar.

ah so_itu : kalau macm tu you amik la ini plan... ini duit u maa bukan your husband.

a_i_n : im not interested or just leave your name card. i will discuss with my husband and contact you later.

ah so_itu :  no need to discuss la. and bla bla bla bla bla (dh x ingat apa yg ah so ni bebel)

nasib baik ms dia dok galak bercrite ade sorang nurse dtg...

a_i_n : sorry, ini waktu keje i and i hv some work to do.thanks for coming.

dan mereka terus pegi dgn muka x puas hati.

Budi Bahasa Budaya Kita














 

sudah tukar ka???

a_i_n  :  doc, i refer your patient mr xxx, you've been prescribed candide cream for him. We hv many types of candide cream.. which one do you want to give???

Doc  :   give la whatever you want to give....

a_i_n  :  ??????? (aku dh tuka profesion jd doktor ke?)


Allahu Akbar...hidupku tak terurus....

ku semakin stress dengan keje...ku semakin bosan dgn keje... ku semakin menyimpan rasa x puas hati tentang keje... ku telah minta izin dr suami tuk resign..tapi menerima jawapan dengan diam yang sangat panjang (tak bagilah tu....)... Tolonglah Ya Allah, kembalikan semangat ku semula....

Sunday, August 1, 2010

PIKOM PC FAIR, MITC MELAKA

Add caption
PC Fair kembali lagik... arini bekerja dgn penuh bersemangat besi waja sebab pastu nk p pc fair ngan en hubby n nasuha.
lepas lunch,golek2 jap tgk tv kul 4 bru kuar umah.mak datuk ramainye manusia....
tp xpe nasuha ble masuk dlm pram dia...xde la letih beno nak dukung...km pun berjalan le masuk hall MITC tu... smpai je kat entrance pc fair tetiba nmpak plak sign ni
aduyai...letihnya mengkilik si kecik ni...kejap kilik kiri kejap kilik kanan...mau patah pinggang rasanya..
nk suh dia jalan sendrik takut plak hilang kang.... dh alang2 sampai biaq le kilik sampai blik....hihi
apapun mmg pueh hati sbb dpt bwk blik hasil dgn tangkapan yg amat munasabah...

Asus EE 1001P
HP 3in1 printer

Saturday, July 31, 2010

Rice Donation Project During Ramadhan 1431H

ni emel dr my sister...tiap tahun dia n her gangs akan wat charity sperti ni. sesiapa yg berminat tuk beramal jariah sempena ramadhan nnti ble la contact my sister tuk maklumat lanjut. (Shahrunniza)



Assalamu'alaikum wrt.
 
Dear friends,
 
Insyaallah, the rice donation project will be on again this Ramadhan. This year a group of friends will be distributing 10kg of rice packets to single mothers in KL area, poor families in Sg. Buloh and an orphanage in Sg. Buloh, Insyaallah. Each packet of rice is about RM26.
 
They are targetting to distribute 300 packets this year. Last Ramadhan the target was 300 packets and due to overwhelming response from friends, they received 400 packets in just a few days only. Those who are interested to become volunteers during the distribution day are also welcomed.
 
Please let me know if you are interested in joining. You can also call Puan Norhafsah Hamid of Adam & Co. at 03-77267208/77264209.
 
Thank you.
 
Regards,
 
Shahrunniza Abdul Karim
012-3727563
 
 

kelab blogger ben ashaari

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER 

Asyraf...Imam Muda Pertama

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya
       
Program imam muda dah melabuhkan tirainya tadi....
pemenangnya adalah imam muda asyraf yg sememangnya menjadi pilihan sy sejak awal lg. 
yg pasti program ni byk bg impak yg positif kpd anak muda kita ms kini... 
sy sgt letih mmbaca dan mengetahui tntang isu2 moral anak muda kita.
semoga dgn lahirnya imam  muda sperti asyraf dan rakan2nya dapat mmbimbing masyarakat kearah kecemerlangan...
semoga program ilmiah seperti ni terus maju & bercambah setiap tahun
insyaallah...
tahniah kepada kesemua calon imam muda musim pertama ini


Friday, July 30, 2010

extended oh extended....

hari ni keje sampai malam...
esok hari sabtu keje lagik
hari isnin ti pun keje sampai malam....
selagi belum tutup mata, kerja...kerja...kerja...
hadeih, letih aih.
terima kasih kepada encik hubby kerana sudi menjaga anakanda dengan cemerlangnya...

mencari ilham nak makan apa sebab ibu kene keje....

Testing 1...2...3...

duhai rakyat jelata....
dalam keadaan ketensenan yang teramat di kala ini,
tersimpan hasrat dihati untuk berblog semula.
alangkah sedihnya hati ini kerna ku terlupa sudah kata kunci blog yg lama...
maka dgn suci hati ku mencipta semula laman blog ku yang baru..
harap ianya tidak berkubur....