Sunday, December 12, 2010

Emas....Pelaburan Terbaik!!

Sebut saja emas sudah semestinya kita semua sedia maklum akan nilainya yang berharga.. kalau zaman Firaun dulu emas merupakan simbol kekayaan dan simbol kekuasaan..sampaikan keranda pun disalut emas...


Jom kita imbas balik eh dari zaman dulu sampaila ke zaman serba canggih manggih ni, tak pernah lagi kita dengar orang dok bagitau emas ni murah...betul tak? lagi dok naik harga kan. saya masih ingat masa time2 sekolah dulu, harga emas dalam lingkungan RM30/g. kemudian naik..naik..dan naik lagi sehingga hari ni harganya dah mencecah seratus lebih per gram. Tak berbaloi rasanya keluar duit ribu2 hanya sekadar dapat rantai tangan yang halus...betoi tak?

Tapi lani persepsi kita tentang emas perlu diubah... trend sekarang adalah dengan melabur menggunakan emas.(saya maksudkan adalah emas dinar atau emas bar) kenapa eh? sebabnya adalah:

1. Emas adalah kekayaan yang sebenarnya  -  contohnya macam cerita firaun tadi lah. kemudian emas yang dah jadi debu pun masih berharga lagi nilai dia kan.bayangkan duit not RM100 kita gunting dua,agak2 ada nilai lagi tak?

2. Emas tiada inflasi vs fiat money (matawang)  -  kalau zaman saya sekolah rendah dulu mak bagi 30 sen je untuk belanja sekolah. 20sen dapat beli nasi lemak then lagi 10 sen beli air.Tapi budak2 sekolah lani agak2 berapa RM diorang bawak g sekolah??? boleh pikir kan? ini menunjukkan nilai wang kita dah menurun (inflasi). dikatakan kadar inflasi bagi matawang adalah 4% setahun. Tapi berbeza dengan emas. kalau dulu 1 dinar kita boleh beli seekor kambing, zaman sekarang pun kita masih boleh dapat sekor kambing dengan 1 dinar kerana nilainya yang bertambah...

ini merupakan koleksi emas yang dikeluarkan oleh Public Gold



3) Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang  -  perlu diingat ye ini emas adalah pelaburan terbaik bagi jangka masa panjang.kalau nak cepat kaya rasanya tak sesuai lah kot. sebagai contoh yer:



Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 =  USD 953.50/Oz
ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun
 (purata kenaikan 27% setahun)  


4)  Emas tak boleh dimanipulasi  -  Emas tak boleh dicipta sebab dia sumber asli/galian. Kuantitinya tak boleh ditambah dengan sewenang-wenangnya. Berbeza dengan duit dimana ia boleh dicetak pada bila2 masa dalam apa jua kuantiti yang dikehendaki oleh pemerintah.Bila dah banyak sangat dicetak, nilainya of course akan turun..kenaikan harga barang pun akan jadi melampau-lampau la kan...

Jadi, apa tunggu lagi. fikir-fikirkanlah tentang pelaburan dengan emas.


2 comments:

  1. nak belajar aa main emas ni... nanti ajar laa abang yer...

    ReplyDelete
  2. boleh...no hal. ilmu memang untuk dikongsi.. harga emas tgh merudum gila-gila lani... datang aaa mlaka azeni, ble borak2. tringin nk jumpa auni kuasa 3 tu...

    ReplyDelete