Wednesday, October 19, 2011

Ibu-ibu..jom kita sign petition ni!!!

Mungkin dah ramai yang dah tahu dan dah baca artikel bertarikh 14 Oktober 2011 di Berita Harian tentang kononya terdapat aktiviti penjualan susu ibu di internet. Saya pun tak baca artikel penuh cuma baca sikit di Berita Harian Online. 

Ni apa yang tertera dalam BH Online

Dr ***** ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput. Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30 beg x 7oz untuk diberi. 

Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin, Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima kasih.


Artikel ni ditujukan kepada satu page di FB iaitu Human Milk For Human Baby-Malaysia (HM4HB) tetapi ceritanya tak betul.
Page ni tujuannya bukanle dan memperdagangkan susu ibu cuma menjadi tempat rujukan kepada ibu-ibu yang ingin mencari ibu susuan untuk anak mereka.

Mungkin surat bantahan ni boleh memberi kefahaman yang jelas kepada kita:


Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman dan Wong Hui Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

"Re: inportant

hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk. 

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah At-Thalaq Ayat 6. 

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan
Pihak HM4HB juga telah buat satu petition tentang isu ini... jika anda rasa nak support perjuangan mereka ni bolehla sign petition tu di sini 

Tuesday, October 11, 2011

Nosh Atit

Cerita si kakak nasuha...

Pukul 4 pagi kelmarin,si kakak terjaga dan menangis

"Adoi.. bu.. nosh atit (nose sakit)"

rupanya hidung tersumbat,susah nak bernafas.
tok (panggilan cucu-cucu kpd mak saya) sapukan vicks pada batang hidung, dada dan belakang.

2 jam lepas tu, menjerit lagi bagitau nose dia sakit.
dah sapu vicks takkan tak hilang selsemanya.
mungkin nak demam kot budak ni.
akhirnya kami tido sambil duduk (supaya kakak boleh bernafas) sampai ke pagi

esok pagi, tok nak cuci hidung kakak.
tau apa yang ada dalam hidung dia??

tisu yang dah kembang. besar pulak tu... 
jenuh juga la nak tarik tisu tu keluar sebab dah masuk kedalam sangat.
kat hujung tisu tu ada nampak macam darah sikit..
ntah bila la budak bertuah ni masukkan dalam hidung dia.
nasib baik tisu, kalau kacang hijau ke, guli ke atau benda2 lain...macam mana jadi agaknya
nauzubillah....
memang menjadi pengajaran sungguh.

 nilah buah hati saya yang semakin hari semakin banyak akalnya

Monday, October 10, 2011

Milk Booster Saya

Nak senarai sikit pasal milk booster yang serasi dengan saya....:

1)  HORLICKS
 Mesti kena bancuh panas-panas baru best. Biasa kalau minum petang bancuh horlicks cicah dengan biskut kepala lutut... pergh! sangat best. (korang kenal ke biskut ni?)


2)  SUSU HI-GOAT + KURMA + MADU
 Yang ni baru je cuba.... saja suka-suka nak minum tapi alhamdulilah memang menambahkan lagi kuantiti susu. mungkin sebab kandungan kurma di dalamnya.


3)  SAYUR SAWI + DAUN BAWANG
masa berpantang  banyak  jenis sayur yang kita  tak boleh makan kan.. tapi saya suka bila mak tumis sayur sawi campur dengan daun bawang... saya boleh ratah macam tu saje


4)  IKAN YU

buat gulai ikan yu la.... memang membantu untuk tambah susu badan. tambahan pula bila dah buat gulai, ada sekali campuran herba2 eg jintan dan halba


5)  Supplement Obimin

Bukan hanya mak buyung saje yang perlu makan obimin ye, tapi mak yang nyusukan anak juga boleh jadikan obimin sebagai milk booster. ini amat berkesan kepada saya.

Sebenarnya banyak lagi makanan dan supplement yang membantu ibu-ibu untuk menambah susu badan. (silalah bertanya en google). yang ni antara sebahagian yang 'menjadi' kat saya. tapi apa yang penting jangan culas untuk mengosongkan payudara. kalau nak mengepam susu pun malas, makanla sebatalion milk booster pun,pasti korang akan keciwa.

Saturday, October 8, 2011

Cronology of Our New Arrival... Abdul Naqeeb

6/9/2011
8am  -  pinggang dh mula sakit sesekali sekala. Emm...mungkin position tido tak betul kot. maklumla si kakak dh mula lasak tidonya. space untuk ibu ngam-ngam muat badan je. 

10am  -  makin kuat pulak sakit pinggang ni... sah contraction ni. tapi sekali dalam 25-30 minit. rilek dulu la. kang pegi hospital awal-awal kena tunggu berbelas-belas jam pulak sebelum masuk labour room. (Almaklum anak nombor2,expertla kunun)

Mak dah pesan suruh makan kenyang2,nanti takde tenaga nak teran... apalagi, dok melilau le mencari kuih-kuih raya yang tersimpan dalam almari. Makan sampai puas. tak terlupa jugak lemang yang dah belen-belen raya aritu... walopun,contraction agak kerap tapi selera makan tetap maintain..

Encik suami tanya bila nak pegi hospital.... nanti dulu la bang ye, esok pun bole tahan lagi ni rasanya.. (cis,eksen sungguh kamu ye)

7.30 pm  -  Adoi, dah sekali contract dalam 10 minit. Takdan tunggu esok ni, silap2 ada yang terberanak kat umah nanti. Mak dah angkat tepon call jiran depan umah. (dia staff nurse kat wad bersalin). "okeh, makcik ikut skali hantaq nisak p hospital", berkata si jiran itu.

Mak dah mula kelam kabut siapkan makan malam untuk ku. mak kata tak sempat masak banyak. Cuma goreng telur dadar buat tambah lauk tengahari tadi.. laju ja cek makan mak oii... 

11pm  -  Sampai di Hospital Taiping,terus daftar masuk kat labour room... hati ni sangat2 la berdoa supaya pintu rahim dah terbuka.. malas nak tunggu kat wad. kalau boleh dan2 tu jugak nak bersalin... Bila masuk bilik pemeriksaan, dah os 4-5cm. Alhamdulilah terus kena tolak masuk labour room. 

 7/9/2011
1am  -  Doktor pecahkan air ketuban, tada...nikmat melahirkan yang sebenar dah mula terasa. tapi kali ni agak boleh kawal sebab dah tau sakitnya macam mana. dah prepare mental dan fizikal. takde perkataan yang terbaik nak ekspresikan sakitnya sakit bersalin itu... hanya ibu2 yang pernah melauinya saja dapat membayangkannya. Tanpa suami di sisi hanya nama ALLAH saja mampu disebut... Setiap kali contraction,mcm terbayang malaikat maut berada di sisi. memang bersalin tu satu perjuangan yang maha hebat.

Staff nurse bertanya nak cucuk ubat tahan sakit tak? wah,bagusnya siap offer lagi tu. Masa bersalinkan Nasuha di GH Melaka dulu,merayula berkali2 tapi tetap x dapat even hanya minta tramal je.

4am  -  Diberi IM Nubain.Agak lalok tapi takde kesan hilangkan sakit. mungkin masanya dah dekat kot. Mata ni terlelap jap, pastu tersentap balik bila contraction mula kuat. Begitula keadaannya on n off. Sampai satu tahap ku rasa dah nak teran sangat2 tapi staff nurse tak bagi sebab dinding serviks masih tebal.. Adoi kak oii, saya dah tak tahan sangat ni.. Saat ni sangat2 berharap cik suami ada di sisi. sekurang2nya dapat genggam tangan dia pun jadilah.

Akhirnya, bukaan dah fully os... sesi meneran pun bermula. Alhamdulilah dengan 3 kali teran, satu nyawa telah selamat lahir ke dunia. Abdul Naqeeb seberat 2.55kg mula melihat dunia tepat jam 5.10 pagi. Semuanya selamat baik ibu dan jugak baby.

Semoga anak ibu menjadi insan yang soleh di dunia dan di akhirat.... hilang semua kesakitan bila melihat wajah si anak yang comel. syukran Ya Allah...



ni dah umo sebulan
membesar bagai johan anak ibu ni.... within 9 hari dah naik 500g. pastu hari ke 20 berat dah naik 1.1kg. berkat susu ibu ye dik...



Naqeeb


Nasuha  
 Sama tak muka kakak dan adik???