Monday, January 31, 2011

sos prego ada daging babi.....

 saya terima emel ni dari bos saya, Tuan haji Abdul Aziz Ahmad... Jika ada yang terbaca benda ni tolong la sebar-sebarkan ye demi kepentingan umat Islam....
 
 
 
Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian……. oleh itu kita yg berugama islam di mestikan menyemak lebel bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli.perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......



Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail kepada Tok Wan dan kini e-mail tersebut Tok muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.


Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

Thursday, January 27, 2011

saya mengidam......

preggy kali ni kuat sungguh nafsu makan.... kalau dah teringin, dan-dan tu nak makan.. nasib baik tak ngidam benda yang bukan-bukan... kalau tak jenuh la suami cek nak mencari..hehe


dapat makan dah petang td masa jamuan kat klinik...memang kaw-kaw penang stail laksa dia...sedap sesangat






Cendoi bismillah kat pekan taiping....dah lama teringin ni. blik CNY ni musti pekena cendoi mengancam ni.



Gulai ikan yang mak masak.... kena plak pakai rempah giling.... fuh! memang terangkat abis




sambal goreng basah..... dah darah jawa kan, mana nak lari kalau dh jumpa sambal goreng



pecel lele @ ikan keli... nipun dah dapat makan lunch tadi kat restoran ayam penyet,MITC. dah tak ngidam lagi la....

 akan datang tak tau la ngidam apa pulak.... hehe. maklumla makan untuk berdua. (yeke?? ada istilah macam tu ke?) apapun kesimpulannya saya mmg suka makan!

Wednesday, January 19, 2011

UPT saya 2 line......

Berita ceria di ambang 2011..... saya positif pregnant anak ke-2. Alhamdulilah, moga bertambah masyuk rezki kami sekeluarga..