Mungkin dah ramai yang dah tahu dan dah baca artikel bertarikh 14 Oktober 2011 di Berita Harian tentang kononya terdapat aktiviti penjualan susu ibu di internet. Saya pun tak baca artikel penuh cuma baca sikit di Berita Harian Online. 
Ni apa yang tertera dalam BH Online
Dr *****  ingin mencari anak susuan Muslim perempuan. Beliau masih  menyusu dua anak kembarnya, **** dan **** yang berusia 8 bulan tapi  supplyanya sangat banyak sampai kena buang sebab lepas tarikh luput.  Jika anda tinggal berdekatan Seremban dan mencari ibu susuan, sila  hubungi 012******. Beliau mempunyai EBM (extra breast milk) sebanyak 30  beg x 7oz untuk diberi. 
Kepada semua, saya mempunyai lebihan susu badan 15 beg  yang mana setiap satu 5oz dan susu berkenaan dipam pada awal September  lalu. Saya menyimpan semuanya di dalam peti sejuk dan sekarang tiada  tempat lagi. Pagi tadi, saya berasa sakit dan perlu membuang 11 lagi beg  susu badan. Saya harap dapat mendermakannya dan membantu bayi yang  memerlukannya. Tolong hubungi saya, jika anda memerlukan sebarang susu  badan. Saya tinggal di Puchong. Saya ada mengambil suplemen vitamin,  Omega 3, kalsium dan tidak merokok dan tidak minum alkohol. Terima  kasih.
Artikel ni ditujukan kepada satu page di FB iaitu Human Milk For Human Baby-Malaysia (HM4HB) tetapi ceritanya tak betul.
Page ni tujuannya bukanle dan memperdagangkan susu ibu cuma menjadi tempat rujukan kepada ibu-ibu yang ingin mencari ibu susuan untuk anak mereka.
Mungkin surat bantahan ni boleh memberi kefahaman yang jelas kepada kita:
Kepada pihak editor Berita Harian,
Perkenalkan diri  kami, Ayuni  Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara,  Chern Pei  Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman dan  Wong Hui  Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies -   Malaysia.
Kami amat terkilan dan marah akan  artikel  tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk  "Tawar  Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai  denganteaser gambar bertulis "Percayakah  perahan susu  badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di  internet?  Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"
Artikel  berkenaan secara  keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang  sungguh teruk dan  tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir  sepuluh  akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk  ini.
Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga  walaupun salah  seorang daripada kami untuk memahami latar belakang  Human Milk Human  Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email  yang tidak  professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum  artikel berkenaan  dikeluarkan:
"Re: inportant
hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."
Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di   HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini   adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah   artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat   meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil   masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat   tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat   pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra   Breast Milk. 
Ini sahaja menunjukkan betapa Cik  Afzan dan  Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB  sebelum  menulis tentang jaringan ini.
HM4HB adalah jaringan  mencari ibu  susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini  bercabang  di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia,  Azerbaijan,  United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI  BUKAN  SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data  keluarga-keluarga  yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.
Kami  juga tidak MENJUAL BELI susu  badan kerana jika terjadinya sedemikian,  ketulenan susu itu tidak dapat  dipastikan. Bila susu itu diderma secara  percuma, kita tahu yang  seseorang ibu itu benar-benar ikhlas.  Walaubagaimanapun, adalah  digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi  upah yang sewajarnya  kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut  dalam Surah At-Thalaq  Ayat 6. 
Di setiap negara, HM4HB  dikendalikan  oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu  sendiri.  Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin  adalah  berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan  berhubung  terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah  pihak  JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga  saat  ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50  bayi-bayi  dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu  bersedih  kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais  sudah  tidak muat lagi.
Soalan-Soalan Lazim ini merupakan   usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa   Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum   Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu   menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya   mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga   itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih   hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak   mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah   sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 
Kami  berusaha keras untuk  memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya  ibu dan anak susuan  seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw.  Bukankah ini lebih  menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan  bukan susu lembu  untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah  memperlekehkan usaha  kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak  kami!
Kami mahu pihak Berita Harian untuk  menulis semula  artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah  selain daripada  meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan  keluarga-keluarga yang  terguris.
Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan
Pihak HM4HB juga telah buat satu petition tentang isu ini... jika anda rasa nak support perjuangan mereka ni bolehla sign petition tu di sini 
 Ibu-ibu..jom kita sign petition ni!!!
Ibu-ibu..jom kita sign petition ni!!! 





